50 peratus daripada responden juga percaya wanita muda generasi kini akan mempunyai kehidupan lebih baik daripada generasi terdahulu.

Sebanyak 60 peratus responden pula bersetuju bahawa lelaki diharapkan untuk melakukan banyak perkara. Di kebanyakan negara, penjagaan anak tidak lagi dilihat sebagai khusus untuk wanita. 75 peratus warga di seluruh dunia tidak bersetuju bahawa lelaki yang duduk di rumah menjaga anak-anaknya adalah kurang kelelakiannya, manakala jumlah sama juga mengatakan mereka selesa mempunyai bos wanita.

Namun begitu, wanita masih menghadapi isu-isu ketara. 30 peratus menyatakan gangguan seksual sebagai isu utama yang dihadapi wanita. Di peringkat global, usaha mencapai kesaksamaan antara lelaki dan wanita adalah perlu diukur dengan bayaran kadar gaji sama bagi pekerjaan sama. Undang-undang lebih berat perlu dilaksanakan untuk mencegah keganasan terhadap wanita. Sektor pendidikan perlu diutamakan berbanding penglibatan dalam politik.

Kesaksamaan gaji dan undang-undang yang lebih berat untuk menghentikan keganasan terhadap wanita dilihat kunci utama untuk membantu mencapai kesaksamaan jantina. 70 peratus rakyat Malaysia yakin bahawa diskriminasi terhadap wanita akan berakhir dalam masa 20 tahun.

Menurut Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Arun Menon, dunia yang seimbang akan membawa kepada dunia lebih baik. Malaysia sedang maju ke arah itu dengan mewujudkan persekitaran lebih seimbang bagi wanita di tempat kerja, menggalakkan penglibatan 30 peratus wanita menjadi ahli lembaga pengarah, memanjangkan tempoh cuti bersalin kepada ibu dan bapa selain memberikan pilihan waktu bekerja yang fleksibel.

IPSOS MALAYSIA

Kuala Lumpur