Oleh itu, untuk mengetahui langkah yang betul, kita boleh menggunakan teknologi yang ada dengan melayari YouTube atau mendapatkan nasihat daripada jurulatih bertauliah. Tidak dinafikan bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Cuma saya ingin menasihatkan jangan sesekali mengambil pil kurus kerana kita tidak tahu tindak balasnya terhadap tubuh badan. Mungkin kita akan kurus tetapi jika memudaratkan kesihatan, penyesalan tidak akan ada maknanya.

Seperkara lagi, ada juga yang enggan menjamah makanan semata-mata mahu menurunkan berat badan. Tiada maknanya, kita kurus tetapi tidak sihat. Tidak salah untuk berdiet tetapi perlu menggunakan kaedah yang tidak memudaratkan kesihatan.

NOR SYAFIQAH HUZIR

Negeri Sembilan