Program Sakinah sentiasa ditambah baik mengikut keadaan. Antara tujuan penubuhannya ialah untuk menangani masalah sosial dan memperkukuhkan sahsiah individu, keluarga dan masyarakat.

Betapa besarnya tanggungjawab YPKDT dalam membentuk keperibadian bangsa mengikut acuan agama.

Namun, tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Johor menamatkan perkhidmatan semua pengerak Sakinah bukanlah suatu langkah bijak.Tindakan ini dilihat lebih kepada membalas dendam terhadap kerajaan terdahulu.

Ini termasuklah pemberhentian penggerak masjid dan suaru serta ketua-ketua kampung seluruh Johor.Sehingga hari ini jawatan itu masih tidak diisi.

Ini tentunya memberikan masalah kepada masyarakat untuk mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung. Begitu juga apabila tiada penggerak masjid telah membantutkan segala perancangan dalam membina akhlak masyarakat.

Lebih-lebih lagi apabila timbul isu tiada lagi ketuk pintu di tengah malam.

Apa yang berlaku di sebalik pintu bukan tanggungjawab kerajaan. Isu ini pun kerajaan Johor masih mahu merujuk kepada Putrajaya.

Adakah pentadbiran negeri Johor ketika ini masih dikawal oleh Putrajaya?

Di mana peranan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang selama ini menjadi penanda aras dalam pentadbiran kerajaan negeri?

Hampir setengah tahun PH mentadbir negeti Johor. Kerajaan masih memikirkan soal dendam kesumat politik daripada soal membangunkan negeri apatah lagi menunaikan janji semasa kempen PRU-14.

Sehingga hari ini rakyat dihantui terutama yang melibatkan penjawat awam dengan ugutan, pemecatan atau ditukar ke tempat lain.

Senario yang berlaku di Johor tentunya akan membantutkan pembangunan yang telah dirancang.

AB HAMKA

Aktivis Bangsa Johor.