TAHNIAH Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak berhenti menangkap jerung dalam kes rasuah khususnya dalam kalangan hartawan yang berselindung di sebalik imej dan gelaran Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk.

Mereka ini menjadi punca amalan rasuah kerana golongan memberi atau menawarkan rasuah lebih berbahaya daripada golongan meminta atau menerima rasuah.

Golongan meminta rasuah mudah dikesan dan diperangkap SPRM tetapi mereka yang menawarkan rasuah lebih sukar dijejaki dan diperangkap.

Jarang sekali kita mendengar pemberi rasuah menjadi buruan dan ditahan pihak berkuasa, ini satu perkembangan positif yang didambakan orang ramai.

Jangan biarkan golongan hartawan ini melakukan apa sahaja sesuka hati mereka sampaikan kes bunuh, kemalangan maut dan penipuan bernilai jutaan ringgit pun boleh terlepas.

Tidak kira ahli politik, kakitangan awam mahupun swasta, ketua balai malah bilionair sekalipun jangan dibiarkan terlepas jika berani terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sebarkan nama dan muka mereka supaya satu dunia tahu mereka ini suka beri rasuah dan tidak boleh dipercayai.

KONTRAKTOR KECIL

Putrajaya