Rakyat mulai tertanya-tanya dan bertambah resah bila kerajaan berdiam diri kerana rakyat ingin mengetahui ke mana arah saluran duit yang dikutip THM selama ini.

Kerajaan PH perlu telus memperjelaskan ke mana matlamat penggunaan wang tabung tersebut. Kini sudah kedengaran pelbagai andaian cara duit itu dibelanjakan.

Rakyat dari pelbagai lapisan kaum begitu teruja tertanya-tanya adakah kerajaan betul-betul kesempitan duit? Bagi menghilangkan keresahan rakyat, Kerajaan PH perlu secara jujur berterus-terang ke mana akan disalurkan perbelanjaan duit tabung tersebut.

OUI SAL

Tanah Merah, Kelantan