Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dedah ilmu urus, agih harta tidak dituntut

SABAN tahun semakin bertambah harta pusaka tidak dituntut atau nilai aset beku di Malaysia yang dianggarkan bernilai RM60 bilion. Daripada jumlah itu, sebanyak 90 peratus melibatkan harta umat Islam. Kebanyakan jumlah harta itu ialah dalam bentuk hartanah dan wang yang tidak dituntut waris sejak 1950-an sehingga kini.

Islam amat menggalakkan umatnya mengurus dan merancang harta. Dalam sesetengah keadaan, pengurusan harta pusaka bukan lagi pilihan tetapi keperluan terutamanya apabila wujud keadaan yang mewajibkan kita tunaikan. Dalam konteks ini, Islam membenarkan pengagihan harta kepada orang tertentu melalui instrumen wasiat dan hibah.

Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua - perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta.

Perancangan harta semasa hidup antaranya hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar manakala pengurusan harta selepas kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid.

Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian harta pusaka namun pengagihan harta melalui cara itu mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul.

Antara penyebab masalah itu termasuk waris tidak tahu proses tuntutan, pengurusan harta pusaka melibatkan kos tinggi, waris tiada masa urus pusaka, waris tidak tahu hukum faraid, harta ditinggalkan kecil, proses tuntutan harta pusaka memakan masa lama, sikap ambil mudah, dan menangguhkan permohonan pembahagian harta pusaka.

Selain itu, kesedaran masyarakat membuat permohonan pembahagian harta pusaka juga masih rendah. Masyarakat perlu didedahkan cara pengagihan harta semasa hidup sebagai perancangan awal pengagihan harta bagi mengelak masalah timbul selepas kematian mereka.

Hakikatnya, tunggakan harta pusaka boleh mendatangkan implikasi buruk kepada ekonomi, undang-undang, agama dan sosial.

Diharapkan isu pengurusan, pengagihan dan pembahagian harta beku belum dituntut dapat diselesaikan segera. Hal ini mungkin dapat diatasi jika masyarakat Islam diberi pendedahan dan pengetahuan secukupnya mengenai ilmu pengurusan dan pembahagian harta seperti faraid, wasiat, hibah.

Sudah tiba masanya badan mengurus harta seperti Majlis Agama Islam Negeri dan Amanah Raya Berhad menganjurkan klinik bergerak, bengkel, seminar dan kempen secara berterusan agar harta-harta umat Islam ini boleh dibangunkan dan dimanfaatkan bagi kepentingan dan pembangunan sosioekonomi ummah Islam di negara kita.

MOHD. YAKOP IKRAM

Ipoh, Perak

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain