Peminat sastera meneka-neka novel siapakah yang akan menang kali ini? Karya siapakah yang bertuah kali ini?

Kategori baharu Cerpen Media Baharu juga sudah diperkenalkan dan pada bulan September lalu mula dimuat naik di laman sesawang Utusan untuk dibaca. Tetapi tahun ini belum kelihatan cerpen kategori tersebut dimuat naik.

Sebagai pengamat sastera dan menyokong penuh HSKU yang dianjur saban tahun, saya ingin tahu juga perkembangan terbaharu HSKU 2017. Apakah sudah ada karya-karya dise­na­rai pendek?

Siapakah juri dan panel penilai kali ini? Kalau tahun sudah, ketika masa begini sudah ada temu bual atau wawancara di televisyen mengenai HSKU yang menggambarkan debaran dan kehangatannya tetapi kali ini situasi itu kurang terasa.

Saya berharap segalanya tentang HSKU 2017 berjalan lancar. Kita tahu HSKU adalah hadiah sastera berprestij dan melahirkan banyak penulis dalam mengayakan ranah kesusasteraan tanah air. Maka wajarlah ada pencerahan atau war-warkan mengenainya menjelang penghujung tahun ini.

 

RIKISMA FAZLOER

Batang Berjuntai