Namun dia tidak menghantar kanak-kanak tersebut ke mana-mana tempat untuk menjalani pemulihan apatah lagi mendaftarkan anaknya sebagai OKU. Tidak sangka pula pada zaman moden ini, masih ada ibu bapa yang mempunyai pemikiran sedemikian.

Saya berharap perkara ini adalah kes terpencil kerana menurut Akta OKU 2008, kanak-kanak yang mengalami sebarang kecacatan perlu didaftarkan sebagai OKU.

Tujuannya adalah untuk membolehkan kanak-kanak berkenaan menikmati banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan dan swasta.

Tunjukkan saja kad OKU, banyak kelebihan yang mereka akan dapat termasuk diskaun harga tiket bas dan kereta api.

RBO

Kota Bharu, Kelantan