Untuk membolehkan mahasiswa memilih calon dan parti terbaik, mereka perlu mempunyai pengetahuan am yang banyak termasuk mengenai kedudukan ekonomi negara dan aku janji yang terdapat dalam manifesto setiap parti.

Kepada mahasiswa yang belum mendaftar, hentikan alasan tidak mahu berbuat demikian atas faktor kekangan masa, melanjutkan pengajian di luar negara dan tidak tahu calon serta parti yang mahu dipilih.

Mahasiswa perlu ingat bawa setiap undi akan mengubah nasib Malaysia. Oleh itu, kita perlu melaksanakan hak dan tanggungjawab kepada negara ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu lebih agresif mendaftarkan mahasiswa sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Suruhanjaya itu perlu mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan mahasiswa tidak mendaftar sebagai pemilih dan bertindak untuk mengatasinya.

Tidak dinafikan, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mendaftar pengundi dalam kalangan mahasiswa tetapi bilangan yang berbuat demikian masih kecil. Oleh itu, persatuan mahasiswa perlu membantu SPR dalam memberi kesedaran kepada mahasiswa untuk mendaftar.

Selain itu, langkah mengurangkan kerenah birokrasi termasuk menyediakan kaedah pendaftaran secara dalam talian boleh menggalakkan mahasiswa untuk mendaftar sebagai pengundi.

FATIN NADHIRAH RAZALI

Nilai