KERATAN Mingguan Malaysia semalam.
KERATAN Mingguan Malaysia semalam.

Diberitakan antara karektor dalam permainan tersebut ialah Jesus Christ dan Gautama Buddha dan terdapat permintaan untuk Nabi Muhammad SAW turut dimasukkan dalam permainan tersebut.

Perkara ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, malah ramai pemimpin-pemimpin agama dalam negara turut mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama wajar bersatu hati menentang sebarang cubaan mengganggu gugat keharmonian yang kita kecapi selama ini.

Syabas diucapkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia di atas tindakan tegas yang diambil.

Keputusan ini tentunya sukar tetapi kita tidak boleh berkompromi dalam isu ini dan sebagai negara berdaulat tidak seharusnya tunduk kepada kehendak mereka yang tidak cintakan keamanan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga wajar dipuji kerana telus dan konsisten memberi ruang kepada pihak pengendali platform Steam tempoh 24 jam untuk mengambil tindakan dan sekali gus menarik balik sekatan apabila pihak terbabit akur akan arahan yang dibuat.

ABDUL HALIM KARIM

Bandar Baru Sungai 
Udang, Melaka