Tidak pelik bila orang Cina malah wartawan Cina mempertahankan menteri tersebut dan tidak pelik orang Melayu pelbagai ideologi politik membantah sehingga mengamuk sakan dalam media sosial.

Namun, ada juga orang Cina patriotik yang membidas pak menteri dan tidak kurang juga Melayu liberal mempertahan tindakan itu.

Sampaikan keluar ayat ‘bahasa Melayu untuk orang kampung’, seolah-olah orang bandar cuma guna bahasa Inggeris dan Mandarin. Bahasa Tamil mahu dicampak ke mana pula?

Saya tidak mahu bermain sentimen yang hanya memecahbelahkan rakyat berbilang bangsa di negara ini tetapi mahu semua warga Malaysia melihat kepada negara Jepun pujaan Perdana Menteri, begitu juga Korea dan Indonesia dalam perihal bahasa kebangsaan.

Mereka menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi sehinggakan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar utama dunia juga sekadar menjadi terjemahan dalam urusan tertentu.

Adakah bahasa mahupun dialek lain diharamkan di negara-negara tersebut? Adakah mereka begitu mundur berbanding di sesetengah kawasan di China, India, Afrika mahupun Eropah Timur?

ORANG MALAYSIA

Rawang, Selangor