Untuk pengetahuan pembaca, langkah menyediakan kemudahan itu di kaki lima jalan adalah dalam tanggungjawab Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Walaupun tidak disediakan kemudahan itu sekarang, pegawai-pegawai CIMB Kluang telah dilatih untuk sentiasa membantu pelanggan ‘istimewa’ mengakses bangunan bank itu.

Pihak kami telah menyediakan meja-meja yang lebih rendah dan segala urusan perbankan dilakukan di aras bawah cawangan itu sebagai langkah keselamatan dan kemudahan golongan berkenaan.

Dalam pada itu, pihak CIMB Kluang akan bekerjasama dengan MPK bagi mempertimbangkan untuk menyediakan tanjak bagi memudahkan lagi urusan pelanggan ‘istimewa’.

KOMUNIKASI KORPORAT CIMB GROUP

Kuala Lumpur