* iGuru menolak cadangan Kementerian Pelancongan untuk mewujudkan cuti sekolah secara berperingkat di sekolah-sekolah bagi menjana sektor pelancongan dan mengatasi kesesakan kawasan tumpuan pelancongan.

* iGuru berpendapat cadangan itu sukar dilaksanakan memandangkan Kementerian Pendidikan telah menetapkan jadual persekolahan, jadual peperiksaan yang seragam, jadual aktiviti kokurikulum dan sukan yang diselaraskan di peringkat kebangsaan.

* Pada masa sama, jika ia dilaksanakan pasti akan menyukarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di tempat jauh dan berbeza negeri terutama yang belajar di sekolah-sekolah berasrama penuh.

* iGuru melihat sistem cuti persekolahan yang sedia ada membantu memudahkan ibu bapa merancang cuti dengan baik terutama bagi yang bekerja dalam satu bidang.

Cuti yang sedia ini membolahkan ibu bapa merancang percutian bersama anak-anak jika salah seorang bekerja di sektor kerajaan atau swasta.

* iGuru mencadangkan pihak Kementerian Pelancongan mendapatkan pandangan semua pihak daripada Kementerian Pendidikan, ibu bapa dan warga pendidik sebelum cadangan ini diangkat di peringkat kementerian.

* iGuru yakin sektor pelancongan akan terus menjana ekonomi negara dan faktor perubahan waktu cuti bukanlah faktor utama menggalakkan sektor pelancongan.

Masih banyak faktor lain yang boleh menjana sektor pelancongan seperti iklim politik, kemudahan, infranstruktur, pakej yang ditawarkan serta intergriti kerajaan.

Mohd. Azizee Hasan

Presiden iGuru