Saya tidak pasti sama ada saranan itu sekadar jenaka sindiran atau memang cadangan formal kesatuan tetapi sebarang derma tidak sepatutnya dipaksa.

Bukannya nilai RM10 itu terlalu besar atau isu tidak sokong parti memerintah tetapi cara memaksa orang menderma itu sangat tidak profesional apatah lagi tabung derma itu sudah ditegaskan kerajaan hanya untuk derma ikhlas tanpa sebarang paksaan.

Sedangkan bilionair-bilionair tempatan pun tidak menderma atau memberi derma kecil sahaja, kenapa mahu memaksa kakitangan kerajaan pula untuk menambah jumlah tabung tersebut?

Sekiranya pihak kesatuan sudah tiada kerja atau cadangan lain, lebih baik duduk diam sahaja. Jika mahu sangat menderma, lebih baik barisan kepemimpinan Cuepacs sendiri memulakannya dengan mendermakan keseluruhan gaji bulan Ogos mereka ke tabung tersebut.

Penjawat awam tidak halalkan duit hasil titik peluh kami ‘dicuri’ mana-mana pihak sama ada jumlah kecil atau besar.

DG41

Selayang, Selangor