‘Perayaan’ besar disambut setiap lima tahun sekali ini sewajarnya memerlukan gandingan semua pihak sama ada penjawat awam, pekerja swasta selain golongan pencen untuk mengundi sebagai menyokong hak demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Selain kempen oleh pasukan penyokong kepada calon terlibat, semua pihak tidak seharusnya melupakan kempen yang menandakan sebagai satu tanggungjawab, iaitu kempen menggalakkan rakyat mengundi pada 9 Mei 2018.

Dalam konteks ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disyor mengadakan cabutan bertuah kepada mereka yang mendaftar mengundi dengan syarat pemilihan pemenang mestilah mereka yang tidak merosakkan kertas undi pada hari pengundian.

Mekanisme pemilihan pemenang barangkali boleh difikirkan secara lebih mendalam oleh pengurusan tertinggi SPR, contoh melalui pangkalan data pengundi-pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada 9 Mei ini.

Melalui kaedah ini, SPR hanya mengumumkan pemilihan pengundi bertuah mungkin sebulan selepas PRU.

Cetusan idea ini diharap dapat dipertimbangkan dalam usaha kita menggalakkan orang ramai keluar mengundi pada hari tersebut.

BUKAN PENGUNDI HANTU

Putrajaya