Salah satu kaedah yang paling senang adalah menutup suis elektrik dan mencabut plag daripada soket pada dinding.

Kajian dilakukan sebuah universiti tempatan baru-baru ini mendapati langkah menutup suis dan mencabut plag perkakasan elektrik dapat menjimatkan tenaga sebanyak 30 peratus berbanding purata penggunaan elektrik sebelum kajian itu dijalankan.

Pada zaman moden ini, terdapat banyak perkakasan yang masih menggunakan arus elektrik jika langkah-langkah berkenaan tidak dibuat seperti komputer, televisyen dan pengecas telefon bimbit.

Beberapa kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, Jepun dan India turut menghasilkan keputusan hampir sama dengan penjimatan elektrik antara 20 hingga 30 peratus.

MARZIAH ZANATON

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)