Isu ini akan menjadi perdebatan menarik memandangkan ramai akan membincangkan betapa individu-individu dimaksudkan berjaya mempengaruhi ketua jabatan di tempat kerja.

Gelaran apakah yang sesuai untuk diberikan kepada individu-individu dimaksudkan?

Dalam kalangan kami, mereka digelar sebagai ‘rakan virus’ kerana ‘virus’ ini akan menyusahkan kami di tempat kerja dari awal pagi sehingga tamat bekerja.

Anda tentunya bersimpati terhadap rakan yang tidak dapat bersama menikmati keseronokan kerja bersama dalam kumpulan kerja.

Mungkin mereka perlu pandangan dan nasihat positif bagi membolehkan mereka mengharungi keseronokan bekerja dengan kumpulan anda.

Namun apakah pandangan atau pun nasihat yang boleh anda berikan kepada individu ‘virus’ ini?

Mungkin saya boleh memberikan beberapa cadangan bagi memboleh perubahan keberkesanan ini dapat dilaksanakan:

1) Ubah sikap anda

Ini mungkin bukan perkara pertama anda fikirkan kerana ‘rakan virus’ yang bermasalah, bukan anda. Jika orang lain bersikap baik, anda tentu tidak membaca artikel ini.

Tetapi tentunya pendapat ini memusykilkan; sikap dan perangai ‘rakan virus’ itulah yang membuat anda sebenarnya bertungkus lumus untuk memperbetulkannya.

Bayangkan anda merupakan seorang yang jujur dan bukan dari kumpulan tersebut.

Anda juga tidak bekerja atau bertugas dengan ‘rakan virus’ ataupun kumpulan ‘rakan virus’, namun tempiasnya tetap dirasai.

Jadi apakah anda dan rakan memberi ruang kepada ‘rakan virus’ melebarkan ‘virus’?

Tidakkah anda atau rakan menegur ‘rakan virus’ tersebut? Bayangkan jika orang lain memberi layanan sedemikian kepada, apakah reaksi dan perasaan anda?

Tidakkah anda akan berasa sensitif, sedikit perasaan negatif atau sedikit hilang pedoman?

2) Berkawanlah

Ini satu lagi cadangan yang anda tentu tidak terfikir. Perkara pertama tadi adalah untuk mengelak reaksi negatif.

Kali ini, cuba untuk provokasi secara positif. Ini merujuk kembali kepada sikap anda.

Anda tentu memperoleh apa yang diharapkan. Ia dipanggil keyakinan. Anda akan hanya nampak apa yang ingin dilihat.

Jika mahukan ‘virus’ maka ‘virus’ yang akan dapat lihat. Cuba berfikir sejenak, apakah yang anda akan lakukan jika ’rakan virus’ didapati berminat untuk berkawan dengan anda? Anda tentunya akan bersedia menjadi kawan.

Fikirlah mengenai orang-orang yang bekerja dengan anda di mana persahabatan memang sudah sedia terjalin. Bagaimanakah sikap anda terhadap mereka?

3) Bina hubungan dengan ‘rakan virus’

Rakan virus yang anda cuba jadikan rakan tentunya berfikir sebaliknya, namun tidaklah salah untuk memaklumkan kepada ‘rakan virus’ tentang niat anda mahupun berpura-pura menjadi rakan tetapi tidaklah menjadi sepertinya.

Namun itulah mungkin salah satu cara untuk menghalalkan hubungan. Cuba berfikiran terbuka.

Anda cuba melambakkan perhatian terhadap ‘rakan virus’, dan sedang mencuba merobohkan halangan, anda yakin untuk membawa individu itu keluar dari suasana selesa dia.

Mari kita bersama menghadapinya. Apa yang berlaku tentunya memberi kesan terhadap ‘rakan virus’ dan anda sendiri.

Jika sanggup, ambil langkah pertama, diikuti dengan langkah kedua dan seterusnya sehingga berjaya membina hubungan positif.

Anda mungkin tidak akan menjadi rakan baik selamanya tetapi perlu mencari jalan untuk saling menghormati dan mungkin bermakna bagi organisasi tempat kerja anda.

AZIZI AHMAD

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.