PARIT tersumbat dan bertakung yang menyebabkan bau busuk di Taman Johor, Johor Bahru. - GAMBAR IHSAN PEMBACA

Keadaan ini menyebabkan orang ramai yang sering melakukan aktiviti riadah berhampiran kolam banjir di Taman Johor berasa tidak selesa kerana air yang bertakung dan tidak mengalir menyebabkan bau yang amat busuk.

Diharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera demi keselamatan, kesihatan dan keselesaan penduduk di sini.


PENGGUNA PRIHATIN

Johor Bahru