Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bukti persahabatan akrab

SAUDARA PENGARANG,

Lawatan negara Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta de­legasi baginda ke Malaysia bermula Ahad lalu boleh disifatkan sebagai tanda persahabatan akrab Malaysia-Arab Saudi yang telah terjalin sejak sekian lama.

Sebagai rakyat Malaysia saya amat berbangga dengan kesudian Raja Salman melawat negara ini. Baginda bukan calang-calang pemimpin sebaliknya dianggap sebagai pemimpin paling berpengaruh dalam dunia Islam.

Kewibawaan dan kredibiliti baginda cukup terserlah. Sebab itu pemilihan Malaysia sebagai destinasi lawatan baginda wajar kita banggakan. Sudah tentu dalam rangka lawatan rasmi ini banyak isu dan perkara dibincangkan dan seterusnya dipersetujui secara bersama.

Sebenarnya terlalu banyak bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan antara Malaysia dan Arab Saudi terutama dalam bidang ekonomi. Jika boleh diperincikan dalam sektor membekalkan makanan dan minuman ke negara tersebut.

Mengapa saya berkata demikian? Sebabnya, bahan makanan dan minuman yang diimport dari Malaysia untuk pasaran Arab Saudi masih terlalu kecil. Saya mengambil satu contoh yang amat mudah yang ada kaitannya dengan Mekah dan Madinah.

Setiap tahun dianggarkan antara 22,000 hingga 28,000 umat Islam akan menunaikan ibadat haji di tanah suci. Bagi jemaah umrah dari Malaysia pula jumlahnya dianggarkan 200,000 orang. Secara kasarnya sebanyak 228,000 umat Islam Malaysia akan ke tanah suci untuk menunaikan haji dan umrah.

Antara kesulitan yang dihadapi oleh jemaah ini apabila sampai ke tanah suci adalah kesukaran untuk mendapatkan bahan makanan yang diimport dari Malaysia. Kebanyakan kedai-kedai di Mekah dan Madinah menjual barang makanan dari Indonesia antaranya seperti biskut, mi segera, kicap, sos tomato dan sos cili.

Saya sendiri pernah melalui pengalaman tersebut ketika menunaikan haji sebelum ini. Saya lihat sebahagian besar makanan yang dijual adalah dari Indonesia dan sangat sukar untuk mendapatkan bahan makanan dari Malaysia.

Walaupun perkara yang dibincangkan ini bukanlah satu isu terlalu mendesak tetapi kedatangan Raja Salman ke negara kita hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha memasarkan bahan makanan dan minuman dari Malaysia.

Jika kita dapat meneroka pasaran Arab Saudi, percayalah bahan makanan dan minuman dari Malaysia akan menjadi pilihan utama kerana keenakan dan kualitinya. Apatah lagi jika produk tersebut memiliki pengesahan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tidak dapat saya bayangkan manfaat yang bakal diperoleh oleh pihak industri kita jika Arab Saudi mengimport bahan makanan dari Malaysia yang kemudian dijual di kedai-kedai seluruh Arab Saudi termasuk Mekah dan Madinah. Sudah tentu usahawan-usahawan kita akan mendapat faedah secara langsung lebih-lebih lagi sekiranya membabitkan pengusaha perindustrian kecil dan sederhana (PKS).

Saya pernah terbaca kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di akhbar baru-baru ini yang menyatakan bahawa prospek peluang dalam industri makanan dan minuman di Arab Saudi amat luas dengan kedatangan jutaan umat Islam ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji serta umrah.

Nampaknya pihak menteri sendiri telah mengakui betapa besarnya pasaran industri makanan dan minuman di Arab Saudi. Cuma saya mengharapkan kementerian terlibat menunjuk jalan cara mana usahawan-usahawan kita boleh meneroka pasaran sektor makanan dan minuman di sana.

Saya juga ingin mengesyorkan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menganjurkan satu festival makanan dan minuman di Arab Saudi dengan turut membawa usahawan-usahawan tempatan tersebut ke negara berkenaan bagi memperkenalkan produk keluaran syarikat mereka.

Di festival itu nanti pihak kementerian dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) boleh menganjurkan pertemuan antara usahawan tempatan dan kerajaan mahupun syarikat Arab Saudi dalam usaha membentuk satu jaringan perniagaan. Tujuannya untuk memudahkan lagi produk keluaran syarikat Malaysia dieksport ke negara tersebut.

ABANG MAN

Kepong

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain