Persoalannya, di manakah letaknya rasa hormat antara rakyat dengan pemimpin sehinggakan mereka tergamak melakukan perbuatan yang biadab tersebut tanpa memikirkan kesannya kepada persepsi masyarakat lain.

Lebih menyedihkan apabila nilai kesopanan dan kasih sayang dalam kalangan kita sudah lenyap, mungkin kerana peredaran zaman atau pengaruh negatif luar yang menyebabkan hilangnya nilai-nilai murni tersebut.

Sekiranya pada hari ini, masyarakat sudah berani melakukan tindakan biadap, apa pula akan terjadi kepada generasi muda akan datang yang pastinya akan melalui cabaran dan rintangan yang lebih besar.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah memupuk nilai-nilai moral yang telah kita pelajari dalam kehidupan seharian kerana ia dapat membentuk keperibadian yang mulia dalam diri sendiri.

Terutamanya kepada pemandu teksi yang perlu berkomunikasi dengan orang ramai, mereka seharusnya menunjukkan sikap yang baik terhadap semua orang tanpa menilai pangkat dan rupa.

LAILY ALIZAM, Melaka.