Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Budaya kuning dan berbahaya dari Barat

SAUDARA PENGARANG,

DUNIA siber bukan sahaja memadamkan jarak dan sempadan malah telah membuka pintu kepada pelbagai budaya songsang orang Barat ke dalam masyarakat Timur.

Sebelum ini anak cucu kita dibanjiri bahan lucah serta gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) tetapi kini ‘mat saleh’ mempromosikan acara-acara tidak bertamadun ke seluruh dunia.

Dahulu acara komersial lebih kepada kekeluargaan seperti Hari Ibu, Hari Bapa mahupun Hari Kekasih tetapi generasi muda Barat kini lebih cenderung kepada mempromosikan kelucahan melampau, aktiviti berbahaya dan tidak berfaedah sebagai bukti ‘kebebasan mutlak’.

Beberapa tahun lalu mula diperkenalkan gerakan ‘Hari Tanpa Coli’ bagi menarik perhatian dunia terhadap ancaman kanser payudara.

Tidak lama kemudian muncul pula acara Free the Nipple iaitu perarakan separuh bogel menayangkan payudara kononnya demi memperjuangkan kesaksamaan untuk golongan wanita khususnya hak mereka tidak memakai baju di tempat awam.

Ini membawa kepada jenaka ala April Fool mengenai satu gerakan menganjurkan ‘Hari Tanpa Seluar Dalam’ pada Jun tahun lalu yang disertai ramai muda-mudi di Barat walaupun mengetahui sambutan tersebut hanya rekaan semata-mata.

Terbaharu, muncul pula jenaka baharu, ‘Hari Tanpa Seluar’ yang menyaksikan ramai peserta hanya memakai baju dan seluar dalam menaiki kereta api London pada 8 Januari lalu, kesinambungan acara sama dimulakan di bandar New York pada 2002.

Mungkin ramai dalam kalangan kita memikirkan aktiviti sedemikian tidak mungkin berani dianjurkan di negara ini tetapi jangan lupa perhimpunan haram dan program Seksualiti Merdeka sudah menjadi acara tahunan sejak 2008.

Beberapa kes lelaki dan wanita ditahan kerana berani berjalan sambil berbogel sekitar Kuala Lumpur turut dicatatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Gejala hipster dan raver pula nampaknya cuba mengembalikan era rock, punk dan black metal sekitar 1990-an dahulu. Adakah pihak berkuasa mampu menghalang jika ada pihak menganjurkan aktiviti songsang atas dasar ‘hak asasi’?

Sebenarnya tiada apa boleh dilakukan pihak berkuasa kerana impak utama mengekang atau menggalakkan aktiviti dan budaya songsang ini adalah tindakan ibu bapa terhadap anak-anak. Persoalannya, adakah kita tahu di mana dan apa dilakukan anak-anak ketika ini?

KASIH BAPA

Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain