Itulah betapa besarnya buzz perkataan ini yang dijelmakan dalam pasaran.

Tetapi, masih terdapat banyak organisasi yang gagal mengakui betapa pentingnya mewujudkan budaya kerja di mana pertumbuhan pekerja dan kebebasan berkreatif diutamakan.

Budaya kerja yang hebat memberi makna besar bagi kakitangan atau pekerja untuk berkongsi karya terbaik mereka.

Dalam hal yang sama, budaya kerja toksik boleh merosakkan niat dan usaha terbaik pekerja dari keadaan yang buruk ke keadaan lebih buruk.

Sesebuah organisasi seharusnya mengutamakan kegembiraan dan kebahagiaan kakitangan mereka.

Namun, ia jarang terjadi. Ramai yang bekerja serta terlibat dengan organisasi yang terkenal dengan ‘budaya kerja toksik’.

Jadi, apa yang menyebabkan sesuatu budaya kerja itu ‘toksik’?

Melalui pengalaman kerja saya (yang akan berpencen tidak lama lagi), didapati ramai yang bersikap ‘wajib ikut cara saya’.

Kebanyakan mereka yang mengaku sebagai ‘bos’ atau ‘bos kecil’ akan sentiasa berkata mereka sahaja yang betul.

Ini adalah petanda pertama dan paling menonjol bahawa seseorang itu adalah sebahagian daripada punca budaya kerja toksik yang tidak akan bertahan lama.

Idea pekerja mungkin didengari, tetapi akhirnya ‘bos’ atau ketua jabatan yang akan membuat keputusan muktamad.

Walaupun tidak ramai yang bersetuju dengannya, tetapi kadangkala memang ada keperluan dalam urusan di mana hanya ada seorang yang boleh menentukan apa yang perlu dilakukan tetapi bukan sampai menjadi punca budaya kerja toksik.

Kerap kali anda mendengar rakan-rakan mahu bertukar tempat kerja. Dalam apa sahaja perbincangan yang anda dengar, pastinya topik perbincangan adalah mengenai bertukar kerja,

Sama ada anda berada di tempat kerja, di kantin untuk makan tengah hari atau minum petang, apa yang didengari adalah peluang mencari kerja lain atau meletak jawatan.

Bagaimana memberi tumpuan kepada kerja jika terlalu ramai yang asyik berbincang mengenai peluang pekerjaan yang lebih baik di tempat lain?

Jika anda sering terdengar atau bersama rakan-rakan berbincang mengenai pertukaran kerja, maka adalah jelas anda juga sudah berada dalam kumpulan terbeban dengan budaya kerja toksik.

Anda juga akan perasaan terlalu banyak mesyuarat dijalankan dan terlalu banyak rahsia yang tidak dikongsikan.

Memang adalah baik untuk mengadakan sesi mesyuarat perbincangan bersama kakitangan dan ia adalah sesuatu petanda yang positif.

Tetapi, apabila mesyuarat yang dijalankan mempunyai agenda yang anda tidak boleh berbincang dengan sesiapa pun dalam organisasi tersebut, maka tentunya ia bukanlah sesuatu yang sepatutnya berlaku.

Sesuatu budaya kerja yang sihat biasanya akan melibatkan perbincangan yang dapat dikongsikan bersama semua.

Namun, apabila banyak mesyuarat tertutup, ahli pasukan tidak dibenarkan untuk turut membincangkan agenda yang mereka terlibat sama, pastinya anda akan terasa bahawa budaya kerja menjadi tidak baik dan akan menjadi lebih buruk.

Penghargaan atau dihargai juga menjadi titik tolak dalam budaya kerja toksik. Manusia bukan sahaja mendambakan wang ringgit tetapi turut mahu dihargai dan diiktiraf.

Malahan, penghargaan atau dihargai menjadi tahap teratas dalam mendorong kegembiraan dan kebahagiaan pekerja.

Sekarang cuba anda ingat semula, bilakah kali terakhir anda menerima ucapan tahniah atau diberi penghargaan di atas usaha kerja anda?

Tahniah! Anda kini sedang berada dalam organisasi budaya kerja toksik.

Azizi Ahmad

Kuala Lumpur