Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Boikot syarikat kapitalis

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menyokong penuh amaran diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Februari lalu iaitu syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia tidak berpeluang mendapat kontrak daripada kerajaan sekiranya tidak terlibat dalam program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

SL1M yang dilaksanakan sejak 2011 bertujuan membantu graduan mendapat pengalaman kerja sebelum diserap masuk ke alam pekerjaan sebenar.

Kumpulan sasaran program itu adalah graduan ijazah pertama menganggur atau bekerja tetapi mendapat gaji tidak sepadan dengan kelayakan akademik.

Walaupun lulus pengajian di universiti dengan cemerlang, ada dalam kalangan graduan terbabit tidak mendapat tawaran pekerjaan atas pelbagai sebab termasuk kegagalan menguasai bahasa Inggeris dengan baik, kurang keyakinan diri dan tidak menunjukkan semangat daya saing untuk terus menjadi yang terbaik.

Amaran yang diberikan oleh Perdana Menteri memang tepat pada masanya kerana masih terdapat banyak syarikat kedekut untuk memberi semula kepada masyarakat walaupun keuntungan yang diperoleh adalah hasil daripada kontrak diterima daripada kerajaan.

Kalau ada pun program berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan, peruntukan yang disediakan adalah sangat sedikit dan lebih bertujuan meningkatkan imej syarikat dan bukannya bagi menyokong agenda kerajaan.

Berdasarkan pengamatan saya, rata-rata syarikat yang bersikap sedemikian dimiliki oleh jutawan kaya yang merasakan kekayaan itu adalah hak milik mereka secara peribadi setelah berusaha keras sejak sekian lama.

Mereka lebih cenderung untuk terus mengumpul kekayaan sebanyak mungkin dan tidak berbelanja kecuali untuk perkara-perkara yang boleh memberi keuntungan lebih banyak.

Jika mereka menyertai SL1M, sudah tentu akan menyebabkan dana sedia ada susut kerana perlu memberikan elaun sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan kepada graduan yang menjalani latihan dengan syarikat berkenaan dalam tempoh kira-kira lapan bulan.

Dalam pada itu, saya mengucapkan syabas kepada syarikat milik kerajaan (GLC) yang memberikan sokongan memberangsangkan terhadap program SL1M. Syarikat itu adalah daripada pelbagai sektor termasuk pendidikan, kejuruteraan, makanan, teknologi maklumat dan khidmat sokongan.

Bagi memastikan lebih banyak syarikat menyertai program SL1M, kerajaan perlu melakukan kajian kenapa masih ada yang tidak berminat berbuat demikian walaupun pelbagai insentif telah diberikan termasuk pelepasan cukai.

Di pihak orang ramai, mereka perlulah memboikot produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat yang tidak menyokong program SL1M

Bagi saya sikap sombong 
yang ditunjukkan oleh tauke-tauke berkenaan adalah 
berpunca kerana mereka masih berpegang kepada sistem kapitalis yang hanya mementingkan keuntu­ng­an semata-mata. Sistem itu, menyebabkan orang kaya akan bertambah kaya secara melampau.

Untuk memastikan ideologi kapitalis yang cenderung untuk menyuburkan sifat tamak dan mengutamakan kepentingan diri sendiri tidak terus diamalkan di negara ini, kerajaan perlulah memberi tumpuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan sosial khususnya dalam kalangan golongan muda.

Usahawan sosial tidak mengukur kejayaan melalui keuntungan semata-mata sebaliknya turut berdasarkan manfaat yang dapat dikongsi bersama dengan masyarakat.

Satu contoh keusahawanan sosial paling berjaya adalah Bank Grameen di Bangladesh yang diusahakan oleh Muhammad Yunus. Beliau memberikan pinjaman wang kepada penduduk miskin tanpa cagaran untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Usahawan sosial adalah selaras dengan ajaran Islam yang menegaskan amalan perniagaan terbaik adalah untuk memperoleh keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

SAIFUNIZAM ANUAR

Sungkai, Perak

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain