PDB sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan penawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kami sememangnya ingin menyediakan bekalan RON 97 di stesen tersebut tetapi kami menyedari bahawa ia akan mengambil sedikit masa memandangkan PDB perlu menangani beberapa kekangan dari segi ruang dan struktur stesen itu.

Walau bagaimanapun, kami berterima kasih kepada pembaca kerana membangkitkan isu ini dan atas penghargaan pengguna terhadap kualiti bahan api kami.

Sementara itu, kami ingin menyarankan pengguna jalan raya mengisi minyak di Stesen Petronas Jalan Plumbum atau Stesen Petronas Seksyen 13 Shah Alam di mana kedua-duanya berada dalam radius lima kilometer dan berdekatan dengan stesen minyak yang disebut dalam artikel itu.

PIHAK PENGURUSAN

Petronas Dagangan Berhad