SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU ini saya menaiki tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Seremban ke Kuala Lumpur. Sebelum menghampiri tapak lama Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi, saya dapat melihat dengan jelas di bawah laluan Express Rail Link (ERL) ada sebuah kuil yang sentiasa mengadakan aktiviti keagamaan.
Oleh kerana laluan ERL menggunakan kuasa elektrik yang kuat, kemungkinan tercetusnya letupan dan kebakaran yang tidak terkawal adalah tinggi disebabkan aktiviti keagamaan tersebut menggunakan api sebagai bahan pemujaan.
Oleh itu, adalah baiknya pihak berkuasa melihat perkara ini dari perspektif keselamatan penumpang ERL terutama pelancong asing. Tragedi yang terjadi sudah tentu akan ditularkan di seluruh dunia yang boleh menjejaskan imej Malaysia.
TENGKU MAN
Senawang
ECRL: Fahamilah kesusahan rakyat
KERAJAAN diharap mengkaji semula keputusan menamatkan terus projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Cubalah fahami kepayahan warga Pantai Timur yang terpaksa menempuh kesesakan luar biasa setiap kali tiba cuti musim perayaan.