Bagi kakitangan kerajaan, kebimbangan mereka akan reda tidak lama lagi dengan penyediaan pusat asuhan di pejabat-pejabat kerajaan tetapi bagaimana pula dengan warga kerja swasta?

Selagi tidak diwajibkan, rata-rata majikan tidak akan menyediakan pusat asuhan untuk anak kakitangan kerana dilihat sebagai satu bebanan kepada kos operasi syarikat.

Saya kini semakin hampir ke penghujung cuti bersalin 60 hari (bukannya 90 hari seperti penjawat awam) dan sedang menimbang untuk berhenti kerja demi menjaga anak tetapi pada masa sama bimbang jika gaji suami tidak dapat menampung perbelanjaan bulanan kami.

Harap kerajaan khususnya menteri berwajib ambil maklum dan menyegerakan usaha menyedia pusat asuhan dalam sektor swasta.

IBU MUDA

Klang, Selangor