Diakui berita seperti ini yang saban hari menghiasi akhbar akan menimbulkan rasa khuatir dalam kalangan pengguna jalan raya apabila kenderaan yang dipandu berselisih dengan kenderaan berat walaupun hanya untuk beberapa saat.

Hukuman lebih berat wajib dilaksanakan terhadap syarikat pengendali kenderaan berat dan pemandunya juga agar mereka tidak mengambil remeh perkara seperti ini.

Syarikat-syarikat pengendali kenderaan berat juga perlu menapis para pemandu di bawah naungan mereka dan harus pastikan semua pemandu mereka bersih dari segala rekod jenayah, penyalahgunaan dadah mahupun saman trafik yang melibatkan kes berat.

Nyawa bukanlah suatu permainan dan satu ungkapan maaf kerana kelekaan seketika tidak akan boleh mengembalikan nyawa yang telah hilang.

HAIFA HASIM

Damansara, Selangor.