Kejadian seperti ini berulang kerana kumpulan gajah tiada pilihan lain kecuali memasuki penempatan penduduk untuk mencari makanan.

Mamalia berkenaan kehilangan habitat semula jadi mereka akibat penerokaan hutan secara tidak terkawal dan besar-besaran. Kejadian itu juga berpunca kerana jalan raya dibina di kawasan habitat binatang berkenaan sehingga menyebabkan mereka terdedah kepada rempuhan kenderaan.

Kebimbangan berhubung perkara ini telah disuarakan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tetapi sehingga kini masih tiada penyelesaian.

Selain itu, gajah terdedah kepada bahaya lain termasuk menjadi sasaran pemburu haram dan dibunuh oleh pekerja ladang.

Masa depan gajah di negara kita amat gelap. Oleh itu, penyelesaian segera bagi menyelamatkan mamalia ini perlu dicari termasuk memastikan tapak pembinaan tidak membahayakan manusia dan haiwan.

SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM)

Pulau Pinang