Meloponglah mulut rakyat mendengar janji tersebut dan majoriti dalam kalangan rakyat negara ini memilih PH untuk merampas Putrajaya.

Malangnya, sejak PRU-14 hingga ke hari ini harga petrol RON95 tidak berubah walaupun harga petroleum dunia turun mendadak.

Selaku rakyat biasa terutama yang telah bersara, saya tertanya-tanya mengapa harga petroleum tidak juga berubah.

Alasan kerajaan adalah kerana mereka terpaksa memberi subsidi untuk mengawal harga.

Pada hemat saya, kerajaan tidak wajar memberi alasan seperti itu kerana harga petroleum dunia turun, maka harga minyak petrol kita juga perlu dan hendaklah turut menyusut melainkan harga bahan api dunia melambung naik.

Tidak perlulah kerajaan menunggu desakan daripada mana-mana pihak baharu hendak bertindak.

Janganlah mudah lupa ‘janji’ pilihan raya yang baru masuk bulan ketujuh dan usah pula tunggu rakyat ‘naik minyak’.

SAUDAGAR 
MINYAK URAT
Ampang, Selangor