Namun, selepas membaca ruangan Awang Selamat Ahad lepas saya terpanggil juga untuk menonton wawancara tersebut. Jelas wawancara itu menjadi medan pihak tertentu memerangkap Najib.

Bahasa badan (body language) dan soalan ditanya wartawan tersebut jelas menunjukan dendam dan agenda tertentu kerana soalan bertubi-tubi dilontar tanpa memberi ruang kepada Najib menjawap dengan baik.

Malah, wartawan itu seolah-olah sudah pasti Najib bersalah walaupun kes mahkamah masih berjalan. Saya tertunggu-tunggu ke minit yang kononnya Najib menjawap dia ‘tidak tahu’ dari mana datangnya duit dalam akaun seperti yang diperkatakan.

Malangnya, jawapan Najib cuma, “jika diperingkat awal duit itu datang daripada keluarga Arab Saudi, saya andaikan duit yang kemudian juga datang dari sumber yang sama”.

Sepatutnya persoalan ini kita biarkan mahkamah yang buat keputusan. Kita tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan cara Al-Jazeera. Janganlah kita cepat melatah kerana banyak perkara belum dijawab di mahkamah.

INGIN KEADILAN

Pulau Pinang