Sehubungan itu, saya meminta pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) segera memperbetulkan ejaan yang salah di papan tanda penunjuk arah terbabit. Papan tanda yang dimaksudkan terletak di Persiaran Masjid berhampiran dengan persimpangan Persiaran Tasik, Seksyen 14. Ejaan yang betul ialah Kompleks, dan bukannya Komplek.

Saya sendiri telah mengambil gambar dan kemudian salurkan maklumat itu kepada MBSA melalui twitter (@sacitycouncil) pada 25 Oktober lalu.

Selain itu, penulis telah menyalurkan informasi yang sama dengan menghantar emel kepada Datuk Bandar Shah Alam ([email protected]) pada 30 Oktober lalu.

Namun, sehingga aduan ini ditulis, ejaan yang salah di lokasi berkenaan masih belum dibetulkan oleh MBSA. Saya amat berharap MBSA bertindak segera kerana tidak sepatutnya kesalahan seperti itu berlaku.

HJ. KAMARUDDIN
 BIN HASSAN


Seksyen 8, Shah Alam