Namun yakinlah mereka lubuk pahala buat kita semua. Sehubungan itu saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada anak-anak yang sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata mahu menjaga ibu bapa mereka yang berada dalam keadaan ini.

Saya mempunyai seorang sahabat yang sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjaga ibunya yang sedang sakit sehinggalah ibunya itu meninggal dunia. Alangkah mulianya sahabat saya ini. Beliau menjaga ibunya hampir dua tahun dengan penuh kasih sayang.

Selama ibunya sakit, sahabat saya ini yang memandikan ibunya, membasuh kotoran ibunya, menyiapkan ibunya dengan pakaian yang cantik-cantik, memasak dan menyuapkan ibunya makanan. Ringkasnya, sepanjang dua tahun ini dia berkhidmat sepenuhnya untuk ibunya. Alangkah bertuahnya dia apabila dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi anak yang soleh.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menjadi perangsang kepada kita untuk menjadi anak yang soleh.

ABI MAN

Kuala Lumpur