Namun, operasi seperti itu hanya dilakukan secara bermusim mengikut keperluan dan keadaan terutama ketika musim perayaan. Tujuannya bagi mengurangkan jumlah kemalangan.

Jika tiada operasi, nampaknya pengguna jalan raya tidak lagi menghiraukan kesalahan yang dilakukan. Pengguna hanya berdisiplin apabila ada operasi atau melihat kehadiran penguat kuasa.

Senario seperti ini memperlihatkan terdapat kalangan pemandu di negara ini yang kurang berdisiplin ketika berada di atas jalan raya. Mereka hanya menghormati peraturan dan undang-undang jalan raya apabila terdapat penguatkuasaan.

Namun keadaan ini berbeza jika kita berkunjung ke negara-negara maju seperti Jepun, Australia dan sebagainya. Malah, memadai jika kita berkunjung ke Singapura. Kalangan penduduk di negara-negara berkenaan lebih berdisiplin berbanding rakyat Malaysia.

Sehubungan, dari pengalaman saya serta ramai rakan-rakan lain, disyorkan agar penguatkuasaan peraturan mahupun undang-undang jalan raya perlulah dilakukan sepanjangan masa. Selagi ini tidak dilakukan makan pengguna masih tidak menghormati peraturan sedia ada. Dengan kata lain, pengguna tidak takut atau tidak menghormati peraturan jalan raya yang ditetapkan. Mereka hanya takut apabila melihat penguat kuasa berada di depan mata.

Bagi pihak berkuasa, memang agak sukar dan membebankan untuk mereka menguatkuasakan peraturan sepanjang masa. Ini semua ada kaitan dengan tempoh serta waktu bekerja dan sebagainya.

Dalam hal ini, sudah tiba masanya kerajaan memikirkan memberikan penguat kuasa ini sama ada anggota trafik, JPJ, SPAD serta agensi berkaitan insentif khas agar mereka dapat bertugas dengan penuh rajin. Insentif seperti ini dapat menaikkan moral untuk penguat kuasa bertugas tanpa mengira waktu.

Kerajaan juga harus ingat melalui tindakan penguatkuasaan seperti saman, ia sebenarnya memberi pendapatan kepada kerajaan apabila pengguna terpaksa membayar saman berkenaan.

PEMERHATI TRAFIK

Shah Alam