Ramai yang masuk ke negara ini secara bersendirian dengan alasan perubatan atau melancong.

Mereka ini dihantar oleh ejen ke rumah majikan yang telah membayar wang pendahuluan.

Kebanyakan mereka ini bekerja sekejap, kemudian lari ke rumah kongsi.

Dari situ mereka bekerja mencuci rumah dengan bayaran RM50 hingga RM80 untuk beberapa jam sehari.

Pihak penguat kuasa perlu menukarkan dasar kemasukan wanita Indonesia ke negara ini.

Kemasukan mereka ke negara ini perlu disertai nama ejen yang membawa mereka masuk.

Nama ejen perlu ada cap jari. Jika wanita Indonesia ini masuk sebagai pelancong maka nama ejen pelancongan dan jumlah wang yang dibawa mesti diisytiharkan.

Juga, kita perlu ada ruang di media sosial yang boleh merekodkan semua maklumat amah yang lari sebelum habis kontrak supaya sesiapa sahaja boleh mengesahkan pembantu rumah yang diambil nanti bukan bekas amah yang lari daripada rumah majikan.

Majikan juga perlu mengambil gambar amah apabila menerima pekerja daripada ejen. Jika amah itu lari, hantarkan maklumatnya ke media sosial tersebut.

Tujuannya untuk kita saling membantu agar tidak semudah itu ejen pembantu Indonesia ini menipu kita. Saya berharap ada pertubuhan bukan kerajaan yang sanggup membantu.

Kita tidak boleh menahan kemasukan warga asing ke negara ini namun kita patut berhenti memberi kerakyatan kepada pendatang. Apa pun kepada yang mengakui lahir di Malaysia tetapi tiada surat beranak tidak sepatutnya diberi kerakyatan. Kita tidak perlu mengikut hak asasi kemanusiaan jika ia menggugat hak kedudukkan orang Melayu.

NURITUN ASHIKIN

Johor