Hari ini pemimpin Melayu terus bercakaran antara satu sama lain hanya disebabkan perbezaan politik.

Menurut pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, kali terakhir pemimpin dan orang Melayu bersatu adalah ketika penentangan Malayan Union kira-kira tujuh dekad lalu.

Saya memohon dan menyeru kepada pemimpin Melayu berbezalah pendapat kecuali dalam tiga perkara.

* Pemimpin Melayu perlulah tegas mempertahankan kontrak sosial.

* Pemimpin Melayu meliputi semua bidang sam ada ahli politik mahupun korporat perlulah membantu ekonomi Melayu semampu yang boleh.

* Pemimpin Melayu perlu menekankan aspek pendidikan dan tidak berkompromi soal isu sensitif dalam pendidikan seperti Bahasa Melayu, sejarah, dan seumpamanya. Pemimpin Melayu perlu menekankan penggunaan Bahasa Melayu termasuklah dalam pendidikan.

Kesimpulannya, pemimpin Melayu harus berganding bahu untuk meningkatkan mutu pendidikan, ekonomi, dan bersatu mempertahankan kontrak sosial tanpa dibatasi fahaman politik.

Sekiranya pemimpin Melayu terus bercakaran, perkara yang disebutkan tadi maka tidak hairan bangsa Melayu akan pupus seabad lagi.


ANAK JATI

Kedah