Keadaan tersebut membolehkan mereka menguasai teknologi abad ke-21 dengan lebih pantas dan mudah, namun disebabkan teknologi dan faktor lain seperti pemakanan serta kurangnya aktiviti fizikal dan genetik, Malaysia kini berada di tempat pertama obesiti di Asia Tenggara.

Rata-rata rakyat negara ini meluangkan masa secara purata sembilan jam menggunakan peranti pintar sehari untuk pelbagai tujuan (CyberSecurity Malaysia, 2018).

Para ilmuan berpendapat, teknologi akan terus bergerak pantas dan tidak boleh ditahan, pun begitu boleh dikawal kegunaannya untuk meningkatkan aspek akademik dan aktiviti fizikal.

Kajian di seluruh dunia mendapati majoriti pelajar menghabiskan kebanyakan hari mereka di sekolah, maka sebagai pendidik yang prihatin seharusnya melihat situasi tersebut sebagai peluang untuk mereka melakukan perubahan terutama melibatkan aktiviti fizikal.

Hal demikian ini kerana ia juga berkait rapat dengan prestasi akademik seseorang pelajar. Selain itu, aspek sosial juga sangat terkesan melalui pembelajaran melibatkan pergerakan.

Pembelajaran sendiri dan eksplorasi membolehkan pendidik mempunyai lebih banyak masa untuk menilai pelajar belajar dan memberikan maklum balas prestasi pembelajaran mereka dengan lebih tepat.

Keinginan pendidik untuk mencuba pelbagai kaedah dan berfikiran terbuka sangat penting dalam membantu pelajar.

Maka falsafah atau kepercayaan seseorang pendidik penting kerana ia terus mempengaruhi pemikiran, pendekatan, matlamat dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Aktiviti kesenggangan di dalam kelas sangat berpotensi untuk membantu guru meningkatkan prestasi pengajaran mereka dan pelajar juga lebih memahami perhubungan antara konsep dan kehidupan seharian.

Pelbagai kajian yang melihat kesan aktiviti fizikal di dalam kelas menunjukkan kesan positif terhadap semua aspek pembelajaran pelajar (psikomotor, kognitif, afektif).

Kesungguhan, minat, dan tingkah laku pelajar itu adalah cerminan kepada pengajaran dan pembelajaran seseorang pendidik, maka dalam abad pembelajaran ke-21 kini, pendidik seharusnya berusaha untuk lebih empati terhadap pelajar dan menukar pendekatan mereka kepada ‘bermain dalam belajar’ selaras dengan keperluan dan kehendak generasi tersebut kini.

AHMAD FAHIM ZULKIFLI
Guru PJK, Abad 21