Dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH), terasa kehidupan rakyat bertambah baik dan tidak ragu-ragu lagi di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mampu memberikan impak positif untuk Malaysia menuju ke alaf baharu sebagai sebuah negara maju, aman dan damai. Lebih-lebih lagi Dr. Mahathir telah dapat menyatukan perpaduan kaum begitu erat sekali.

Sebagai rakyat, kita bersyukur pertamanya dengan kembalinya Dr. Mahathir menerajui negara dengan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa kaum atau agama hendaklah mempertahankan kedaulatan negara dan menjaga maruah di dalam apa keadaan sekalipun dan pastikan kita hapuskan rasuah dan apa juga penyelewengan habis-habisan kerana itu adalah punca bagaimana sesebuah negara itu terjajah, hancur dan huru-hara.

Kita pastikan negara ini terselamat, aman dan makmur kerana kita tidak mahu jadi pelarian atau menjadi hamba di negara kita sendiri. Kita kena bersatu sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, keturunan dan kedarjatan seseorang itu. Berilah kepercayaan penuh kepada Dr. Mahathir dan PH selagi kejujuran dan keikhlasan serta kemampuan mereka untuk menerajui negara menjadi benar-benar makmur dan maju.

SYED ABDULLAH

Seremban