Ia bakal menjadi satu cadangan yang bernas kerana dapat menarik minat rakyat kembali percaya kepada kepemimpinan UMNO sebab idea veteran yang 'lapuk' mungkin tidak dapat menawan hati remaja. Langkah ini mungkin memerlukan pujukan daripada pemimpin yang sebaya dalam tahap pemikiran mereka.

Perkara seperti ini perlu ada sikap keterbukaan kerana organisasi ini telah diibaratkan sebagai 'kereta lama' yang memerlukan spare part baharu. Jika ini tidak dilakukan, kejadian yang sama mungkin bakal berulang kembali semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak.

NUR RAMIEZA 
ABDUL WAHID

Klang, Selangor