Sebelum ini juga ramai yang berkongsi gambar mayat hancur digilis lori, ditimbus tanah dan bermacam-macam keadaan ngeri dalam aplikasi sama.

Saya mohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau mana-mana agensi berwajib mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang berkongsi bahan memualkan seperti ini.

Jangan dilepaskan juga orang pertama yang mengambil gambar dan menyebarkannya melalui media sosial.

Bukan sahaja mereka tiada rasa hormat kepada mangsa malah langsung tidak pedulikan perasaan ibu bapa dan keluarga semata-mata untuk menjadi ‘yang pertama’ berkongsi gambar terkini.

Selain itu, ada kajian menunjukkan mereka yang suka melihat dan berkongsi gambar menggerunkan khususnya gambar mayat mempunyai masalah mental dan perlu mendapatkan bantuan psikiatri dengan segera.

SHAZWAN NORDIN

Kluang, Johor.