Lebih mengejutkan, semua makanan itu ‘disedekahkan’ kepada rumah anak yatim sementara mainan tersebut digunakan untuk membuat ‘jualan amal’.

Sungguh ‘mulia’ hati wanita itu memandangkan mainan tersebut mampu mencecah harga ratusan ringgit setiap satu tetapi akhirnya hasil jualan amal itu rupanya masuk ke poket sendiri.

Bayangkan benda sekecil mainan ringkas boleh dijadikan bahan mengaut untung atas angin. Mereka yang cuba mengaut untung mudah ini dikenali sebagai orang tengah dan mereka wujud dalam semua industri.

Walaupun kerajaan cuba menghapuskan orang tengah dalam pertanian, perikanan dan lain-lain industri, sifat tamak menyebabkan ramai berebut-rebut menjadi orang tengah dalam industri lain.

Saya harap orang ramai gunakan platform media sosial untuk tularkan individu mahupun kartel yang cuba memonopoli atau mengaut untung mudah dengan menjadi orang tengah.

Kasihan melihat anak-anak kecil hampa tidak mendapat mainan, jangan dibiarkan perkara sebegini berterusan.

SILA MENINGGAL

Gombak, Selangor