Difahamkan lebih dua juta KADS1M Flash telah dikeluarkan. Kini, kad itu telah dinaiktaraf kepada KADS1M Debit yang mempunyai nilai sebanyak RM250. Bantuan ini adalah lanjutan daripada bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sebelum ini disalurkan kepada pelajar-pelajar pengajian tinggi yang layak.

Selain bantuan RM250 tersebut, pelajar turut mendapat diskaun apabila menggunakan KADS1M ini bagi tujuan membeli barangan atau perkhidmatan dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat yang terlibat dalam urusan ini.

Peruntukan yang disalurkan itu juga memperlihatkan bahawa kerajaan sangat komited dan bersungguh-sungguh membantu mengurangkan kos sara hidup para pelajar institusi pengajian tinggi. Amat diharapkan semua penerima KADS1M dapat memanfaatkan bantuan ini dengan menggunakannya secara berhemah dan bijak.

NUR FARHANAH 
AHMAD FUAT

Lubok China, Melaka