Mahasiswa yang melanggar arahan tersebut akan diambil tindakan tayar kenderaan mereka dikunci dan dikenakan denda.

Akibatnya, mahasiswa dan segelintir kakitangan terpaksa meletak kenderaan mereka di sepanjang bahu jalan Persiaran Kolej iaitu laluan masuk ke KUIS. Malangnya, kenderaan diletakkan di situ akan dikenakan tindakan saman oleh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang.

Keselamatan kenderaan yang diletakkan di luar kampus berkenaan juga tidak terjamin. Ada kes kereta dipecah oleh pencuri dan terdapat kejadian motosikal mengalami kerosakan akibat perbuatan vandalisme.

ABANG BIMBANG
Tanjung Karang, Selangor