Seharusnya setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa inilah akibatnya jika satu-satu perkahwinan itu tidak didaftarkan. Kesannya akan diterima secara langsung oleh anak yang bakal dilahirkan melalui perkahwinan tersebut,

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga yang berhadapan dengan masalah anak yang tiada kerakyatan diminta tampil agar mereka segera dibantu oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Setidak-tidaknya mereka akan diberikan khidmat nasihat berhubung masalah yang dihadapi itu.

Pada masa sama kerajaan juga perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu kanak-kanak yang malang ini terutama dalam soal berkaitan dengan pendidikan mereka. Sesungguhnya masa depan dan kebajikan anak-anak ini perlu dibela dengan sebaik-baiknya.

RAJA NORUL FAZILLA RAJA HALIM

Puchong, Selangor