Kes rotan pasangan lesbian di Mahkamah Syariah di Terengganu baru-baru ini pula rupanya ‘lebih menyakitkan’ sehinggakan habis semua orang ‘merasakan’ peritnya tidak kira Islam liberal, Kristian, Buddha, Hindu mahupun yang tiada agama.

Malahan mereka ini lebih ‘terasa’ daripada kedua-dua pesalah di Terengganu itu yang cuma dikenakan rotan ‘ringan’ tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Nampaknya Malaysia baharu yang dilaung-laungkan tinggal nama sahaja negara Islam, semua fahaman dan peraturan berkaitan Islam pasti dipersoalkan semua pihak sementara pesta arak, konsert mabuk, festival dadah dan seks bebas pula semakin galak dianjurkan atas dasar ‘hak asasi’.

Jelas Islam ‘tiada hak’ lagi di bumi bertuah ini. Jika mahu lakukan sesuatu yang Islamik, kena buat secara tertutup supaya tiada yang ‘terasa hati’. Jika mahu tambah kilang arak dan kedai judi tidak mengapa secara terbuka, itu ‘hak asasi’.

Pemimpin sahaja nama Melayu Islam tetapi mereka sendiri tidak berani menyanggah wakil rakyat bukan Islam.

LETIH TEPUK

Kuala Terengganu