Sukacita dimaklumkan bahawa pemohon iaitu isteri kepada TUAN HAJI HUSSIN KUDUS telah menerima tuntutan pembelian alat ortopedik sebanyak RM16,536.

Bayaran telah dikreditkan ke dalam akaun pemohon pada 14 November 2017, manakala bayaran tuntutan untuk pembelian kerusi roda pula akan dibuat sebaik sahaja pihak kami menerima penyerahan dokumen lengkap seperti yang telah diminta.

Untuk makluman, permohonan bagi pembayaran balik melibatkan beberapa proses pengesahan yang memerlukan masa sebelum pembayaran balik boleh dibuat. Kami di KWAP sentiasa komited dalam menjamin kesejahteraan pesara dan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan mereka.

Sebarang pertanyaan pada masa depan boleh berhubung di talian 03-21748000 sambungan 8669 atau e-melkan ke [email protected]

NURUL AMIRAH KAMARULZAMAN

Penolong Naib Presiden, Perhubungan Awam dan Komunikasi Jabatan Hal Ehwal Korporat KWAP