Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Banyaknya ‘harta-benda’ di lebuh raya PLUS

SAYA adalah pengguna setia Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Hampir setiap hari saya memandu menggunakan laluan bermula dari tol Rawang Selatan ke tol Jalan Duta. Sepanjang bertahun-tahun menggunakan lebuh raya ini, saya dapati akhir-akhir ini lebuh raya tersebut tidak diselenggara dengan baik dan kotor.

Tidak perlu pergi jauh, bermula dari tol Rawang Selatan hingga ke tol Jalan Duta, macam-macam benda yang saya nampak. Tiap-tiap hari tiada perubahan. Antaranya serpihan tayar celup lori sama ada di atas, di tepi jalan atau berhampiran pembahagi jalan di bahagian tengah.

Termasuk juga bongkah kayu atau kayu-kayu kecil, kasut, skirting bumper kereta, batu-batu kerikil, serpihan tar yang terlonggok di tengah-tengah pembahagi jalan, gumpalan kain, kertas, kepingan besi, tong air dan sesekali bangkai binatang.

Getah tayar celup lori yang besar ada juga disandarkan begitu sahaja pada pembahagi jalan. Segala macam ‘harta benda’ ini walaupun berkumpul di tengah pembahagi jalan sangat-sangat menyakitkan mata. Jangan terkejut jika tidak dialih atau dibersihkan, ‘harta benda’ ini boleh bertukar menjadi punca bencana kemalangan jalan raya.

Ini baru laluan tol Rawang Selatan ke Jalan Duta. Keadaan yang sama mungkin dapat dilihat di sepanjang lebuh raya ini dari utara hingga ke selatan. Ke mana menghilangnya perkhidmatan PLUSRonda yang dahulu selalu saya nampak di atas lebuh raya? Sekarang ini sebulan sekali pun saya tak pernah nampak kecuali jika saya berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R), adalah nampak sekali sekala.

Kepada pihak pengurusan PLUS, janganlah mengharapkan kepada aduan pengguna lebuh raya sahaja baru mahu bertindak. Cubalah ronda-ronda, pasti akan terjumpa apa yang saya sebutkan ini.

Saya pasti kos bukan isunya kerana setiap tahun ratusan juta ringgit PLUS peroleh hasil kutipan tol. Selepas surat ini tersiar, 
saya percaya Bahagian Komunikasi Korporat PLUS sudah tentu akan memberi reaksi dengan menyertakan statistik rondaan, selenggaraan dan pembersihan yang telah dijalankan sejak 10 tahun lalu.

Kepada PLUS pengguna tak perlukan semua statistik itu. Pengguna hanya mahukan lebuh raya yang mereka gunakan secara berbayar setiap hari itu selamat.

ANAK MAT ZAIN

Puncak Alam

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain