Seperti dilaporkan dalam beberapa akhbar tempatan, Mohd. Hanif Fadhli sudah menghidap penyakit itu sejak 2016. Keadaan kulit di seluruh badannya yang bersisik tebal menyukarkannya untuk bergerak. Lebih malang dia yang sudah berpisah dengan isteri kini terpaksa menumpang tinggal di rumah sewa adiknya, Bukhairi di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sesama umat Islam, saya menyeru pihak berkenaan terutama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pejabat zakat negeri, badan-badan politik dan pertubuhan bukan kerajaan serta orang ramai agar dapat tampil membantu. Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Maybank 1627-4010-5797 atas nama Mohd. Hanif Fadhli Mohd. Sofian atau hubunginya di talian 017-6598795.

SAUDARA SESAMA ISLAM
Putrajaya