Semua projek yang dibangunkan kerajaan terdahulu ditangguh, disemak, dikurangkan kos, malah dianugerahkan pula kepada mereka yang menyokong kerajaan PH.

Bermula dari sistem undang-undang, cukai pintu, cukai tanah, lesen-lesen perniagaan, cukai jalan bulat-bulat ditiru daripada kerajaan terdahulu, tiada pun yang kurang walau RM1.

Bagaimanapun, apabila berlakunya pilihan raya serta ada kematian wakil rakyat, sepantas kilat wujud pelbagai program bantuan disertakan bermacam-macam janji diberikan kepada rakyat.

Terbaharu, Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, Pahang. Apabila kosong sahaja kerusi tersebut, automatik pelbagai pogram bantuan untuk rakyat digerak.

Pada hari penamaan calon kita boleh lihat ramai pak menteri yang tidak pernah tunjuk muka pun mula berkampung di sana selain turut berarak membawa calon ke pusat penamaan.

Janganlah sampai nanti ada yang bertanya bilakah pula wakil rakyat mereka akan meninggal agar kawasan yang diwakili akan ada program dan bantuan yang sangat didahagakan rakyat.

AZIZI M.

Bedford Cluny Estate