Protein-protein ini boleh terdiri daripada campuran neurotoksin yang menyerang sistem saraf, hemotoksin yang menyerang sistem peredaran darah, sitotoksin yang menyerang struktur sel badan dan bermacam-macam jenis toksin lain.

Kebiasaannya, ular lebih sensitif dan agresif semasa musim panas, musim mengawan dan ketika menyalin kulit. Ular yang berbisa mampu membunuh manusia dengan hanya satu patukan khususnya jika lambat mendapatkan rawatan.

Mangsa patukan ular hendaklah bertenang dan menjauhi haiwan tersebut dengan mencari tempat selamat supaya tidak terkena patukan lagi.

Orang ramai boleh membantu mengalihkan atau melindungi mangsa daripada ular tersebut mahupun menghalau haiwan itu dari tempat kejadian.

Kedua, kurangkan pergerakan mangsa dan balut kawasan yang terkena patukan dengan longgar menggunakan kain bersih.

Mangsa perlu mendapatkan rawatan di hospital dengan segera untuk penawar antivenom. Jangan biarkan terlalu lama untuk mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri kesan bisa ular akan merosakkan badan dan mengancam nyawa mangsa.

Elakkan daripada menyedut keluar bisa ular menggunakan mulut kerana dikhuatiri toksin memasuki badan melalui sebarang luka pada gusi atau tertelan.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberi pendedahan kepada anak-anak tentang keselamatan ketika berjauhan dengan mereka kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

 

NUR SYAHIRAH 
MOHD ROSE DIN

Taman Desa Baiduri, Kuala Lumpur