Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bantu pelajar sekolah pondok

MOHD. HAFIZUDIN HELMI (tengah) bersama dua rakannya gembira apabila
MOHD. HAFIZUDIN HELMI (tengah) bersama dua rakannya gembira apabila bangunan Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Pasir Mas, Kelantan, yang musnah terbakar, sudah dibina baharu pada 25 Oktober lalu. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

KERAP kita membaca laporan akhbar mengenai asrama dan bangunan lain di sekolah pondok yang terbakar.

Persoalannya, kenapa begitu mudah bangunan berkenaan terbakar sedangkan kebanyakannya sudah dibina menggunakan konkrit dan bukannya kayu seperti zaman lampau?

Oleh itu, saya berharap pemilik sekolah pondok mematuhi peraturan untuk mendapatkan sijil layak menduduki daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan surat pengesahan daripada bomba bagi setiap bangunan yang telah didirikan.

Bangunan yang telah didirikan itu hendaklah diinsuranskan.

Keselamatan pelajar perlu diutamakan dan disyorkan setiap asrama mempunyai warden bertugas.

Penggunaan lingkaran ubat nyamuk perlu dilarang sama sekali. Elakkan penyambungan wayar yang terlalu banyak di dalam asrama. Pelajar juga perlu ditegah daripada memasak di dalam asrama.

Peraturan yang ditetapkan itu perlu dipatuhi setiap pelajar bagi memastikan tidak lagi berlaku kejadian yang boleh mengancam nyawa serta memusnahkan harta benda pada masa-masa akan datang.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan, Seremban

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain